12 Disember 2011

MASALAH KETIKA MENGANDUNG..

1- RASA MUAL  : Rasa mual / loya adalah perkara biasa bagi wanita mengandung.Untuk mengatasinya, Banyakkan minum air suam.Elakkan minum air yang mengandungi lemak seperti susu dan kacang soya di waktu-waktu anda rasa tidak selesa.cuba makan sedikit asam dan biskut sejam sekali.

2- SAKIT TULANG PINGGANG ,PUNGGUNG DAN BAHU : Elakkan daripada memakai kasut tumit tinggi kerana boleh mengubah posisi tulang punggung dan mempengaruhi kedudukan tubuh dan menyebabkan tegang.Tidur di atas tilam yang mampat (teguh).sebelum bangun,pusing badan mengiring dahulu.

3- KEJANG OTOT : Biasanya berpunca daripada berdiri lama atau cuaca sejuk. cara mengatasi kejang otot ialah bergilir-gilir antara berdiri dengan duduk dan jika udara sejuk ,pakailah stokin .senaman juga boleh diamalkan .minyak panas juga boleh disapu bagi membantu rasa tidak selesa tersebut.

4- PENING/PITAM : Boleh berpunca daripada berdiri terlalu lama atau keadaan bilik terlalu panas ,kekurangan udara ,kurang darah ,atau tekanan darah rendah. Cuba elakkan suasana bilik yang terlalu panas atau tertutup.elakkan baring secara terlentang,kerana bebanan rahim akan menekan saluran darah utama dan melambatkan pengembalian darah ke jantung.

5-KELETIHAN : Ibu yang mengandung akan mudah merasa penat.Makan makanan yang berkhasiat serta tidur yang mencukupi.Jika ingin tidur, ambil masa yang baik,iaitu waktu sebelum zuhur  (waktu qailullah) dan elakkan tidur ketika waktu-waktu tidak baik seperti selepas subuh ,selepas asar ,waktu senja dan selepas maghrib .Juga tidur selepas makan.

6- SEMBELIT : Cara mengatasi sembelit dengan banyak memakan makanan yang melawaskan seperti salad ,buah-buahan (limau /oren), minum air masak .



# PETUA UNTUK TEKANAN  DARAH TINGGI #


Bahan 1:

Bayam dicelur dengan air panas sedang mendidih

Bahan 2 :

 Gula kabung..........................10 gram
Asam jawa.............................5 gram
Bawang merah .......................5 gram
Lada sulah..............................10 gram
Cili api ...................................15 gram
Garam.....................................secukup rasa

CARA PENYEDIAAN :

Bahan 2 ditumbuk hingga lumat menjadi sprti sambal,dan dimakan bersama bayam ( bahan 1) yang dicelur.Makan bersama nasi.Amalkan sehingga tekanan darah normal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...