04 Disember 2011

TRIVIA UNTUK MAMA DAN PAPA....

Tahukah anda....

- Bawang goreng digunakan sebagai 'topping' salad bagi rakyat negera barat.ia digemari kerana rasanya yang enak dan rangup.Bolah disimpan lama di dalam bekas kedap udara.

-Sarapan pagi yang berkhasiat amat penting bagi anak kecil kerana ia merupakan penymbang pertama tenaga dan dapat membantu si comel bagi menumpukan lebih perhatian  pada aktiviti pembelajaran.

-Galakkan pengambilan buah-buahan segar pada menu harian si kecil kerana khasiat vitamin yang terkandung didalamny berupaya membantu mempertingkatkan daya kecerdasan memori.Buah-buahan juga tinggi antioksidannya yang mampu bertindak sebagai pelindung badan.

- Pastikan telur ayam  disimpan di dalam peti sejuk,pada bekas tempat khassimpanan telur selepas kulitnya dibersihkan.Elakkan  ia bercampur dengan bahan yang berbau kerana bau tersebut akan diserap oleh telur melalui kulitnya. Simpan telur ayam dengan cara yang betul  iaitu susunkan dengan cara mengikut kedudukan hujung tajam telur menghadap ke bawah.

-Kumpulan makanan bewarna ungu, biru atau merah sama ada buah-buahan atau sayur -sayuran mengandungi 'anthocyanin' , iaitu sejenis antioksidan terbaik,ini kerana pigmennya mudah larut dalam air dan mampu melindungi badan daripada kerosakan osidatif yang kebiasaannya menjadi penyebab kepada penyakit jantung,barah dan penuaan.

- Galakkan si kecil mengambil lobak merah sebagai snek mingguan kerana padany terdapat beta karoten (vitamin A) iaitu sejenis bahan larut yang membantu merendahkan risiko barahdan radang seperti asma dan penyakit artritis reumatoid.

-  Kismis adalah makanan yang memiliki kandungan tenaga yang tinggi ,rendah kandungan lemak serta kolesterol.Fruktosa dan glukosa adalah antara gula ringkas yang terdapat dalam kismis dan baik bagi meningkatkan daya pemikiran serta menguatkan daya ingatan di samping menajamkan memori.Beritahu pada anak kecil bahawa kismis selalu dimakan oleh para pengembara untuk mengekalkan stamina mereka.

-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...