N3 kali ini, nak kongsi resepi yang agak mudah.. buat pizza....jom sama-sama cuba terutamanya untuk anak-anak tersayang.ibu-ibu,mari kita rajin-rajinkan diri, masak untuk anak- anak ye..hehehe
resepi pizza :
- 1 kg tepung gandum
- 1 3/4 cwn marjerin
(digaul seperti serbuk roti)
- 1 peket mauripan(bancuh dengan air suam dan 1 sudu gula)
untuk topeng pizza :
- 1 tin tomato puri ( ikut kesukaan masing-masing,jika mahu sedikit masam bileh guna 1 tin ),sardin,hirisan bawang,daun oregano (kering / segar),sosej,mayonis ,sos dan lain -lain bahan yang disukai.
-hancurkan sardin, potong bahan -bahan kecil-kecil dan gaul semua bahan
cara buat :
- uli tepung dengan mauripan tadi hingga menjadi doh.rehatkan doh sebentar.( hingga doh naik)
bila doh sudah naik,sapukan sedikit marjerin pada loyang pembakar,dan bahagikan doh kepada 3 adunan.
setiap doh di letak inti / topeng di atasnya.(ikut kesukaan masing-masing) dan seterusnya bakar hingga masak.
resepi di atas untuk 1 kg tepung. jika nak buat sedikit boleh kurangkan kuantitinya.
selamat mencuba...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan