20 Mac 2012

soya organik.....pengganti susu.....

Hari ini saya ingin berkongsi sesuatu kepada sesiapa Sahaja yang melawat blog ini.ianya satu perkongsian yang pada saya agak istimewa kerana Ada di antara kita telah sedar Dan tahu mengenainya tetapi masih di dalam zon selesa....
Saya juga begitu.... Asalnya saya Hanya mengenali soya organik dengan membelinya di sebuah kedai online.waktu itu saya membelinya dengan tujuan Hanya untuk menambahkan susu ibu,kerana ketika itu saya masih menyusukan anak ke dua secara eksklusif.... Saya sebolehnya Hanya ingin memberikan yang terbaik untuk anak...

Niat asal hanya nak minum untuk faktor di atas, Tanpa ingin tahu apalagi kebaikan soya organik ini....
Sehinggalah saya perasan Ada sedikit perubahan pada kulit Dan keadaan kesihatan saya yang agak baik... Saya sebenarnya Mempunyai gastrik yang agak teruk juga keadaannya.Selalu mengalami keadaan pedih ulu hati yang sungguh menyakitkan....tapi nampaknya sejak minum soya organik nie,keadaan tersebut kurang saya alami dan saya rasa kenyang selepas setiap kali meminumnya...
Perkembangan yang bagus saya kira....terutama apabila saya tercari-cari susu untuk diminum....
Pengeluaran susu ibu juga nampaknya agak baik dan kulit saya halus....
Saya mula mencari maklumat mengenai soya ini di internet... Kesungguhan saya ini juga terdorong oleh anak pertama yang masih menyusu ketika itu...saya sudah cuba-cuba memberikan soya kepada irsyad....tapi mungkin rasanya agak lain dari susu formula ,maka dia menolaknya....tapi saya tak nak putus asa....
Banyak maklumat mengenai soya ini yang saya perolehi....saya dapat jawapan bagaimana nak buat anak suka dengan rasa soya ......

Hmmmmm....hasil carian saya di mililea....saya beli sebotol apple orccad organik dan campurkan dengan soya tersebut....rasanya seperti susu kultur yang menjadi kegemaran anak -anak....
Saya cuba beri pada irsyad ....dan.....irsyad sukakannya....setiap hari dia minta buatkan susu epal.heheheheh...alhamdulillah....saya tak perlu beri susu lembu lagi pada dia... Yang pada masa itu berumur 3 tahun....seronok betul....

Hmmmmm.....bila anak saya yang kedua sampai masa untuk beralih ke susu biasa...saya dah tak rasa tertekan seperti anak pertama dulu....
Dhiyya pun nampaknya mula menyukai rasa susu tersebut...dan sejak saya campurkan dengan epal hijau organik yang tinggi kandungan vitamin c,nampaknya anak- anak saya jarang selsema ,batuk atau demam...alhamdulillah...dan susu soya ini taklah mahal sangat berbanding dengan khasiatnya....
Soya organik ini sesuai untuk semua peringkat umur...antara khasiat lainnya ialah :-

Bayi : sangat sesuai bagi bayi yang mempunyai masalah pencernaan dan alergi terhadap susu lembu.
Kanak-kanak: memberi khasiat dan kebaikan untuk memperkuat daya ingatan serta mempertingkatkan pertumbuhan badan..
Wanita hamil : membantu memberikan khasiat yang mencukupi seperti kalsium dan protein untuk ibu dan bayi. Juga untuk ibu yang tak boleh / alah dengan susu lembu.
Remaja dan dewasa :membantu merendahkan tahap kolesterol serta memberikan seluruh khasiat yang diperlukan.
Lanjut usia : membantu menghasilkan tenaga dan meningkatkan kesihatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...